Ini kali pertama tulis blog dalam bahasa Melayu, kadang-kadang rasa macam berlagak tulis English sepanjang masa pulak.
Minggu ni memang minggu paling kucar kacir, presentation, mid term, projek, atom bomb, nuclear missle, kitchen sink, semua benda ada. Complete set. Yaang peliknya semua benda nak disiapkan dalam masa yang terdekat ni.
Dalam masa yang sama, saya sendiri cuba hendak memperbaiki diri, muhasabah diri. Saya mahu belajar tentang Islam sepenuhnya. Sejak sebulan dua bulan lalu, saya cuba melancarkan bacaan Yassin. Saya mengaku, saya tidak pernah khatam al Quran atau cuba untuk membaca Yassin sendiri. Cuma ketia ada kematian atau tahlil sahaja baru saya baca. Ada satu benda yang menggerakkan hati saya untuk mahu berubah. Saya mahu saya didalam Islam bukan kerana ibu bapa saya Islam, tetapi saya sendiri yang memilih Islam.
Alhamdulillah berkat usaha dan doa, saya sekarang sudah lancar bacaan Yassin. Dari tergagap-gagap, sekarang saya boleh baca sebanyak dua kali sehari. Banyak lagi surah-surah yang saya mahu amalkan, tetapi lebih baik saya amalkan yang saya tahu sebelum mengamalkan yang lain. Lebih baik istiqamah dari buat sekali tapi tidak buat berterusan
Hati saya masih tidak tenang, saya rasa tidak puas dengan apa yang saya amalkan. Saya mesti tingkatkan aalan saya. Setiap masa ynag diberi Allah adalah amanah dari-Nya. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
No comments:
Post a Comment